• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

57,598 Syarikat Fail Tuntutan Bayaran Balik GST

oleh Ahmad Albab
31/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 57,598 syarikat yang mendaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST) memfailkan tuntutan bayaran balik bagi bulan pertama setakat ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, syarikat yang ingin mendapatkan bayaran balik perlu memfailkan tuntutan selewat-lewatnya esok dan sekiranya gagal, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan notis peringatan kepada mereka.

“Setakat ini, sebanyak 379,086 syarikat mendaftar dengan GST dan daripada jumlah itu, bagi bulan pertama, sebanyak 75,000 syarikat perlu memfailkan tuntuan balik GST. Setakat ini 57,598 syarikat telah memfailkan tuntutan itu.

“Saya berharap syarikat yang belum memfailkan pembayaran balik GST akan dapat memfailkannya esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas menyampaikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM438,000 kepada 44 badan bukan kerajaan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sini.

Ahmad Husni berkata, apabila tuntutan difailkan, pihak bertanggungjawab ke atas pencukaian tersebut boleh mengenal pasti sama ada syarikat mengikut kaedah sebenar atau sebaliknya.

“Kita akan menyemak kos pengeluaran dengan margin sesebuah syarikat itu selepas syarikat memfailkan tuntutan bayaran balik GST,” katanya.

Beliau berkata syarikat yang mendaftar GST perlu memfailkan tuntutan pembayaran balik pada setiap bulan. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad HusniGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Laporan Renjer Hutan Terlibat

Next Post

Kanak-Kanak Antara 5 Ditahan Di Pasar Malam

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Kanak-Kanak Antara 5 Ditahan Di Pasar Malam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd