• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Nama Rebut Jawatan Presiden PAS

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan ditentang dua calon lain dalam usaha beliau mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan PAS kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, dua calon lain terbabit ialah Ahmad Awang dan Datuk Husam Musa.

“Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula, empat nama layak bertanding iaitu Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Husam,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Asmuni turut memaklumkan seramai 12 orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS termasuk Tuan Ibrahim. Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Turut layak bertanding jawatan itu Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad, Nasaruddin Hassan Tantawi, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Iskandar Abdul Samad, Mohamad Noor Mohamad, Mohamad Sabu dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

“Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut,” katanya.

Asmuni turut memaklumkan Suhaizan Kayat berkemungkinan akan ditentang empat calon lain termasuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. – mynewshub.cc

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd