• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, Seorang Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Tiga maut, manakala seorang anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 46 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mangsa yang terbunuh adalah sepasang suami isteri, Satawee Drmawee, 65 dan Jamaliah Ismail, 59, serta jiran wanita mereka, Saudah Yusof, 69.

Seorang anggota polis lelaki yang cedera ringan dalam kejadian pula dikenali sebagai Mohd Adlizan Mohd Taib, 28 tahun.

Rahmat berkata, Satawee dan Saudah adalah masing-masing peneroka Tanah Rancangan Felda Air Tawar 1, di Kota Tinggi dekat sini.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Satawee dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja (dipandu Mohd Adlizan).

“Akibat kemalangan, Satawee bersama isteri serta jiran mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan Waja itu pula mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rahmat berkata, siasatan awal mendapati tempat kemalangan merupakan jalan berselekoh dan dua hala, dengan keadaan cuaca ketika itu juga cerah.

“Siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca dari kenderaan mangsa yang masuk ke laluan bertentangan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wEoo3EDGvJ0

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd