• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Pengantin Paling Tua Di Dunia Kahwin 13 Jun

oleh
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Tiada masa khusus yang boleh dianggap terlalu lambat untuk berkahwin. Senang kata, cinta tidak kenal usia. Ungkapan itu nampaknya paling sesuai untuk pasangan dari Britain, Doreen Luckie dan George Kirby.

Setelah hidup serumah bersama selama 27 tahun, Kirby yang kini berusia 103 tahun, akhirnya merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, Luckie, 91 tahun; pada 13 Jun depan, lapor akhbar tempatan pada Rabu.

Mereka bakal menjadi pasangan pengantin yang paling tua di dunia apabila disahkan sebagai suami isteri pada bulan depan, malah turut layak untuk dimasukkan dalam senarai rasmi terbaharu rekod dunia Guinness.

Ketika ditemui pihak media, Doreen bahkan mengaku berasa terkejut apabila beliau dan George mungkin dinobatkan sebagai pasangan pengantin tertua di dunia, sekali gus memecahkan rekod lama sebelum ini.

Buat masa sekarang rekod rasmi Guinness tersebut masih lagi dipegang pasangan Minnie Munro, 102 tahun; dan Dudley Reid, 83 tahun; di Point Clare, New South Wales, Australia yang berkahwin pada 31 Mei 1991 lalu.

Doreen secara jujur berkata: “Saya tidak fikir itu mungkin berlaku kerana terdapat ramai orang yang kini hidup lama sehingga umur 100 atau 90 tahun. Saya rasa kami tidak mungkin satu-satunya pasangan paling tua di dunia.”

Pasangan tersebut dijangka berkahwin di Langham Hotel, iaitu kediaman mereka sendiri di Eastbourne, daerah East Sussex, England; sebuah bandar peranginan tepi pantai Selat Inggeris tidak jauh dari tenggara London.

Namun paling menariknya, hotel itu pula dimiliki oleh anak George, Neil Kirby; yang turut menyifatkan Doreen sudah seperti ibu kandungnya sendiri setelah sekian lama: “Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.”

Pasangan itu yang sudah bersekedudukan sejak 1988 pernah berkahwin sebelum ini sebelum berpisah dengan pasangan masing-masing, serta kedua-duanya memiliki 7 anak, 15 cucu dan 7 cicit. - Agensi/H.A.AMREE

Tags: Guinnesskahwinpengantinrekod duniatertua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kitab Fekah, Tauhid Tertua Di Malaysia

Kitab Fekah, Tauhid Tertua Di Malaysia

08/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Penemuan kitab fekah, Siratul Mustaqim dan tauhid, Durr al-Faraid yang berusia lima abad membuktikan usaha ulama terdahulu memakmurkan...

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd