• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Juta Penumpang Guna KLIA2 Sejak Beroperasi

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 24 juta penumpang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak ia dibuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi juga berkata skor kepuasan pelanggan menunjukkan penumpang sangat berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di KLIA2.

“Berdasarkan kajian Airport Service Quality oleh Airport Council International (ACI) bersama MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad), skor kepuasan pelanggan adalah 4.85 daripada 5.0,” katanya menjawab soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (PKR-Kuala Terengganu).

Raja Kamarul mahu kementerian menyatakan sebab KLIA2 sehingga kini masih memerlukan begitu banyak penambahbaikan setelah kos pembinaannya naik dari RM2 bilion sehingga RM4 bilion dan punca utama perkara tersebut berlaku.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM14 juta sejak Mei 2014 untuk kerja-kerja penambahbaikan di kawasan ‘apron’ KLIA2 termasuk kerja-kerja mengatasi mendapan.

Beliau berkata keluasan lokasi yang terlibat dengan mendapan ialah 23,900 meter persegi atau tiga peratus daripada kawasan apron yang seluas kira-kira 700,000 meter persegi.

“Jumlah ini berkurangan bulan demi bulan apabila kawasan tersebut mencapai tahap mendapan yang dijangkakan. Ini biasa bagi mana-mana pembinaan di kawasan tanah lembut yang dibuat secara cepat tanpa menunggu tanah mencapai keadaan mendapan maksimum yang memakan masa antara lima hingga 10 tahun,” katanya.

Ab Aziz menjelaskan mendapan hanya berlaku di kawasan apron dan bukan di landasan serta ia tidak pernah menjejaskan operasi penerbangan.

Menjawab lanjut, katanya kerja-kerja tambahan telah dilaksana bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna antaranya tambahan ‘walkator’ dan ‘buggy.’

“Jumlah walkator adalah 13 unit semasa majlis pelancaran dan tiga unit lagi ditambah pada penghujung tahun lalu.

“Pada tahun ini pula, sebanyak 16 unit walkator akan ditambah dan bagi tujuan itu MAHB telah menyediakan peruntukan berjumlah RM31 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: KLIA2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

13/12/2022
0

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd