• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Kenapa Superman Pakai Seluar Dalam Di Luar Terdedah

oleh
25/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Secret-about-Superman

NEW YORK — Pemakaian seluar dalam di luar oleh Superman barang kali menjadi bahan sinis ramai orang sepanjang masa di seluruh dunia. Namun dari manakah idea pakaian pelik si adi wira ini boleh muncul?

Di Amerika Syarikat (AS), salah satu jawapan logik dari sindiran tersebut adalah kerana pahlawan ini kehilangan orang tua ketika masih kecil, sehingga tiada sesiapa beritahu mereka bahawa seluar itu harus dipakai di dalam!

Rahsianya didedahkan mendiang Julius Schwartz, editor terkenal syarikat penerbitan DC Comics dari 1944 hingga 1986 yang mempopularkan watak Batman dan memperkenalkan Barbara Gordon sebagai versi baharu Batgirl.

Beliau juga bertanggungjawab menyunting kisah adi wira dengan seluar dalam di luar, Superman. Menurut Schwartz, model baju pahlawan ini diambil daripada model pemain sarkis dan ahli gusti pada masa tersebut.

Rasional beliau cukup mudah, memang diketahui bahawa pemain sarkis dan gusti ini sebenarnya tidak memakai seluar dalam di luar, tetapi seumpama celana pendek ketat, yang dipakai di atas seperti kain legging mereka.

Justeru pemakaian seluar dalam di luar disesuaikan dengan situasi pahlawan super ini kebetulan memiliki tubuh sasa ala atlet gimnastik yang mengagumkan serta mampu melakukan akrobatik sambil melawan si penjahat.

Pada zaman itu, memang wajar dan bukan satu kesalahan pun apabila para pencipta karakter adi wira ini terpaksa mengadaptasi kostum berasaskan format pakaian yang digunakan oleh pemain sarkis dan gusti era tersebut.

Selain Superman dan Batman, pahlawan super generasi awal yang juga mengenakan model pakaian serupa iaitu seluar dalam di luar ialah Flash Gordon yang diciptakan Alex Raymond pada 1934 menerusi majalah Comic Strip.

Kecuali Captain America yang dihasilkan Joe Simon pada 1941 dan Spiderman ciptaan Stan Lee pada 1962; kedua-duanya menerusi Marvel Comics lebih beradab: seluar dalam tetap di dalam! — Agensi/H.A.AMREE

Tags: gustikomikpahlawanseluar dalamSpiderman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Monsta Sasar RM5 Juta Jualan Komik Bulanan Boboiboy

27/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat pencipta animasi Monsta menyasarkan nilai jualan siri komik bulanan terbaharunya ‘Boboiboy Galaxy Musim 2’ berjumlah RM5 juta tahun...

Pejabat PM Nafi Mahathir Terlibat Dalam Komik Propaganda

19/10/2019
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan–Meraih Manfaat Bersama'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd