• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pendatang Ditemui Mati Dekat Libya

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Pengawal pantai dan tentera Itali serta kapal laut komersial bekerjasama bagi menyelamatkan pendatang yang berada dalam sekurang-kurangnya 16 bot.

Beratus-ratus orang berjaya diselamatkan dan mereka menemui 10 mayat dekat pantai Libya ketika penyeludup mengambil keselamatan sewaktu laut tenang untuk menghantar kapal yang padat dengan pendatang bagi menyeberang Mediterranean.

Pengawal Pantai Itali berkata, mayat terbabit ditemui dalam tiga operasi menyelamat berasingan dekat pantai Libya.

Pengawal pantai turut dibantu bot tunda dan kapal pedagang ketika operasi menyelamat berkenaan.

Sebuah kapal kargo menemui tiga mayat pendatang dan 105 orang dalam sampan di perairan utara Tripoli, Libya.

Selain itu, dalam satu lagi operasi menyelamat, helikopter Tentera Laut Itali mengesan sebuah bot tiub getah yang mengempis. Bot yang padat dengan pendatang memang mudah dikesan.

Sebuah kapal Tentera Laut Itali yang baharu menyelamatkan 90 orang pendatang tetapi dengan segera terpaksa memberi bantuan kepada sebuah lagi bot.

Dalam operasi lain, seramai 311 orang termasuk 16 kanak-kanak berjaya diselamatkan dari bot penyeludup.

Sebelum ini, seramai 3,690 pendatang diselamatkan dari bot penyeludup. Kebanyakan pendatang masih dibawa ke pelabuhan di selatan Itali meskipun pada masa operasi menyelamat lain sedang dijalankan. – AP

https://www.youtube.com/watch?v=sOGOIl15B30

Tags: Libya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CLIC Marble, Casing Marmar Untuk iPhone?

Next Post

Cheetah Dilatih Bergaya Untuk Sesi Fotografi Di Zoo AS

Related Posts

10 Pelarian Maut, Berpuluh Hilang Di Luar Pantai Libya

09/01/2018
0

CATALINA - Seramai 10 pendatang maut dan berpuluh lagi dilaporkan hilang termasuk kanak-kanak selepas bot dinaiki mereka karam di luar...

Datuk Bandar Di Libya Mati Diserang Hendap

18/12/2017
0

TRIPOLI - Lelaki bersenjata menembak mati datuk bandar, di kota ketiga terbesar di Libya, Misrata lewat semalam dengan menyerang hendap...

Next Post

Cheetah Dilatih Bergaya Untuk Sesi Fotografi Di Zoo AS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd