BERIKUTAN kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu mewartakan amalan dan ajarannya sebagai sesat dan terpesong dari agama Islam, Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali dengan Raja Bomoh tampil mempertahankan namanya dalam satu temubual yang dilakukan sebuah portal.
Ibrahim Mat Zin yang mula dikenali ramai setelah aksi aneh membawa ‘teropong ajaib’ dan ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 mengatakan, tiada sebarang sisasatan dilakukan terhadap dirinya dan menganggap apa yang berlaku sebagai menjatuhkan nama dan mendatangkan aib kepadanya.
https://www.youtube.com/watch?t=44&v=JwO58X4JbY0
“Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding, sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak jemput saya datang ke pejabat (untuk) berbincang (bukannya terus) menjatuh aib muka saya.
“Saya menjangkakan (merasakan) dia mahu mengambil publisiti murahan atas nama saya (dengan) melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya ke atas diri saya dengan mendakwa saya sesat dan mahu mengambil tindakan†ujarnya.
Beliau yang terkenal dengan jolokan Raja Bomoh turut mempertikaikan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya.
“Saya tak dapat sebarang surat (makluman) sering tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan bagi menguruskan perniagaan, tiba-tiba tuduhan seperti ini dilemparkan kepada anak tempatan (Perak), Mufti ini orang dan dari keturunan mana (kerana) saya dimaklumkan beliau berketurunan Banjar.
Selain menyangkal dakwaan Mufti Perak terhadap dirinya, Ibrahim Mat Zin turut menjelaskan isu teropong yang digunakan olehnya sebelum ini.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq


