• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Volkswagen Buka Dua Lagi Pusat Servis Teknikal

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd yang juga unit Volkswagen AG, akan membuka dua lagi pusat servis teknikalnya tahun ini bagi mengukuhkan lagi perkhidmatan pasca jualannya.

Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller, berkata pusat itu akan dibuka di utara Puchong serta Batu Caves, Selangor.

Pusat pertama itu dibuka Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menurut Keller, pusat berkenaan akan dilengkapi peralatan diagnostik serba canggih dan pertama seumpamanya di Malaysia selain dibarisi sepasukan pakar di bawah seliaan jurutera utama Volkswagen yang bertauliah.

“Bagi tahun ini, kami mahu menstabilkan dan mengukuhkan rangkaian serta terus fokus terhadap aspek perkhidmatan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Pusat itu akan beroperasi sebagai kemudahan pakar khas bagi tujuan baik pulih serta khidmat pasca jualan yang mampu mengendalikan pelbagai isu secara pantas dan berkesan.

Keller berkata biarpun kesemua pusat itu ditempatkan di Lembah Klang, kumpulan pakar itu juga boleh dihantar ke luar kawasan.

“Kumpulan itu kini mempunyai 41 pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti di Malaysia, termasuk paling baharu di Melaka, Langkawi dan Taiping bagi menyokong perkhidmatan servis biasa.

“Selain itu, kami turut dibantu 17 pakar Volkswagen Jerman di Malaysia yang sedia untuk membantu usaha berkaitan khidmat pasca jualan,” katanya.

Secara keseluruhannya, kapasiti pusat servis Volkswagen turut ditingkatkan menerusi kewujudan 44 ruang kerja baharu di sekitar Malaysia.

“Ada seramai 97 juruteknik yang telah dilatih sejak Disember 2014 manakala 78 kakitangan servis turut dilantik.

“Semua usaha ini secara keseluruhannya telah membawa manfaat seperti mengurangkan tempoh menunggu untuk tarikh perkhidmatan servis daripada 10 hari kepada purata hanya 2 hari,” kata Keller.

Menurutnya, Volkswagen telah menjual sejumlah 9,000 unit kenderaan itu di Malaysia pada tahun lepas dan syarikat itu optimis dapat mengulangi angka berkenaan.

Beliau turut membayangkan pengenalan model edisi khas Volkswagen Jetta pada Mei ini.

Kumpulan itu melancarkan model Sedan Jetta yang dipasang di sini, pada tahun lepas. Ia adalah model keempatnya selepas Passat, Polo Sedan dan Polo 1.6 yang turut dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang. – BERNAMA

Tags: Volkswagen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Permatang Pauh: UMNO Sedia Bawa Pembangunan

Next Post

Bekas Pemimpin MTUC Sokong Penuh Kepimpinan Najib

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Volkswagen Henti Model ‘Kodok’ Tahun Depan

18/09/2018
0

BERLIN - Firma automotif ternama Jerman, Volkswagen mengumumkan model ikoniknya, Beetle, atau lazim disebut 'kodok' kerana bentuknya; akan dihentikan pengeluarannya mulai...

Next Post

Bekas Pemimpin MTUC Sokong Penuh Kepimpinan Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd