SAYU hati kami apabila melihat seorang gadis ini dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki  dalam satu rakaman video yang tersebar di laman Facebook.
Gadis dipercayai berbangsa India itu dipukul dengan kejam menggunakan objek seperti kayu dan disepak beberapa kali oleh lelaki terbabit meskipun merayu supaya dia tidak diperlakukan sedemikian.
Video berdurasi 34 saat itu telah dimuatnaik di laman Facebook Malaysian Crime Watch Task Force dengan status yang bertulis ‘mohon Polis Diraja Malaysia siasat video ini dan segera ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Bagaimanapun, lokasi kejadian dan motif gadis itu dipukul masih lagi tidak diketahui setakat ini.
Rata-rata pengguna media sosial memberikan komen meminta agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap perkara itu yang dipercayai berlaku di negara ini.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ufMEyLEMYUk