• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Awek Sekolah Sabah Bergaduh Dikecam Netizen

oleh AK-47
16/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertumbuk telah mencetuskan sensasi di laman sosial, apabila rata-rata penontonnya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap insiden memalukan itu.

Dalam video berdurasi 49 saat yang dikatakan dirakam menggunakan telefon bimbit itu, kumpulan pelajar perempuan yang masih berbaju sukan tertera nama “SMK Limbanak” dilihat sedang bergaduh sesama sendiri sambil disorak oleh rakan-rakan mereka.

Video yang dimuatnaik di akaun Facebook Penampang Bulletin itu telah ditonton sebanyak 22,000 kali dalam tempoh hanya empat jam, sekaligus mencapai status viral di alam maya.

Pada awal video tersebut, seorang pelajar perempuan yang memakai baju Bulan Sabit Merah dilihat menumbuk seorang pelajar lain, sementara seorang lagi rakannya tampil untuk menjernihkan keadaan.

https://www.youtube.com/watch?v=kuItLSvn000&feature=youtu.be

Pergaduhan itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila pelajar lain turut campur tangan.

Seorang pengguna Facebook, Abigail Eve berkata, keganasan bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

“Pergaduhan mereka memberikan impak negatif kepada imej sekolah dan juga ibu bapa. Pelajar perempuan tidak seharusnya bersikap begini,” tulis Abigail.

SMK Limbanak yang terletak 15km daripada pekan daerah Penampang juga mempunyai pelajar lelaki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alif berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Kes ini sedang disiasat pihak polis dan saya menunggu laporan selanjutnya,” kata Datuk Jame Alif.

– MYNEWSHUB.CC

 

Tags: kes pukulSabahvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dituduh Pelawak Kasanova, Tauke Jambu Buat Laporan Polis

Next Post

Kerajaan Dicadang Tubuh Majlis Perundingan Keluarga Miskin

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Kerajaan Dicadang Tubuh Majlis Perundingan Keluarga Miskin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd