NAMPAKNYA ujian ketahanan impak jatuh dan rendaman air sudah terlalu biasa digunakan bagi menguji ketahanan peranti pintar.
Jika anda lihat di Youtube, pelbagai ujian yang ‘gila-gila’ telah dilakukan antaranya drop test, blend tests, gun tests dan scratch test.
Kini melalui sebuah video, seorang pengguna Youtube TechRax memperlihatkan ujian ketahanan Galaxy S6 dan iPhone 6 terhadap air mendidih, perlu diingatkan kedua-dua telefon pintar ini tidak menyokong sokongan kalis air.
https://www.youtube.com/watch?t=14&v=OI2gJtcfQ6M
Melalui video, iPhone 6 hanya mengambil masa 10 saat sebelum paparan skrin menjadi hitam dan rosak sepenuhnya.
Berbeza dengan Galaxy S6, ia mengambil masa lebih dari satu minit sebelum notifikasi ‘overheat’ dipaparkan dan beberapa saat sahaja sebelum peranti rosak sepenuhnya.
Pengajaran daripada video ini? Jangan sesekali masak telefon pintar anda dan meniru aksi ini di rumah, hehe.
iPhone 6 sedia dijual pada harga RM 2,702 manakala Galaxy S6 pada harga RM 2,599.
Oleh: hzqahmd/MYNEWHSUB.CC