• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Gesa PAS Permatang Pauh Bantu PKR

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi gesaan supaya ahli PAS menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui ahlinya untuk menolak calon PKR.

Tuan Ibrahim mendakwa, PKR telah menunjukkan kerjasama untuk PAS dalam PRK Rompin dengan kehadiran pemimpinnya termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, maka PAS perlu menunjukkan kesepaduan sama dalam PRK Permatang Pauh.

“Kehadiran Nurul Izzah beserta pimpinan PKR Pusat dan negeri danPengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mencerminkan kerjasama yang kukuh antara semua komponen parti Pakatan Rakyat di Pahang.

“Kita mesti memastikan keadaan yang sama dapat dijelmakan di Permatang Pauh. Ini langkah yang betul ke arah kemenangan. Kita yakin dengan kerjasama sebagaimana yang ditunjukkan hari ini kita berada di dalam jalan ke arah memperolehi kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tuan Ibrahim meminta semua ahli PAS mengenepikan perbezaan dengan PKR dan mengutamakan objektif yang jauh lebih besar.

“Bagi PKR selamat berjaya mengekalkan kerusi di Permatang Pauh,” katanya.

Abdul Hadi hari ini bagaimanapun terlebih dahulu menegaskan beliau merestui pendirian PAS Permatang Pauh yang akan memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh kerana PKR dianggap menolak undang-undang Islam. – MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/7moUwpz-y1c

Tags: Tuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran Umno akan mengkhianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa....

10 Sasaran KASA Dalam Tempoh 100 Hari – Tuan Ibrahim

07/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menetapkan 10 sasaran untuk dicapai dalam tempoh 100 hari membabitkan fokus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd