• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tilawah: 7 Lagi Peserta Perdengar Bacaan

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh lagi peserta memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari ketiga Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58 di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, malam tadi.

Antara yang memperdengarkan bacaan ialah peserta termuda, Awatif Abd Majid, 22, yang mewakili Pulau Pinang. Berkelulusan Diploma Qiraat dan Taranum dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), beliau memperdengarkan bacaan surah Al-Rum, ayat 40.

“Ini kali ketiga saya menyertai tilawah ini dan berharap saya dapat ke peringkat antarabangsa nanti,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Selasiah Akob, 67, dari Perlis yang juga peserta tertua daripada keseluruhan 28 peserta, memperdengarkan bacaan surah Al-Nahl, ayat 40.

Peserta lain ialah Mohamad Nor Ahmad (Wilayah Persekutuan), Abdul Khair Jalil (Selangor), Nor Syuhada Mohamad (Johor), Syamsul Abu Hasan Al-Shaari (Perak) dan Nor Hidayah Abd Rahman (Terengganu).

Majlis Tilawah Al-Quran yang berlangsung selama enam hari bermula Isnin lalu, menghimpunkan seramai 28 peserta merangkumi 14 qari dan 14 qariah dari setiap negeri. Johan qari dan qariah peringkat kebangsaan akan mewakili Malaysia ke Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dari 9 hingga 14 Jun depan, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. – BERNAMA

Tags: Tilawah Al-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Ainuddin Hilmi Meninggal Dunia

20/10/2021
0

KOTA BHARU: Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada...

Qari Kelantan, Qariah Perak Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

22/02/2020
0

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd