• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Ada Masalah Jaga Dua Kawasan – Dr Wan Azizah

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi mendakwa beliau tidak mempunyai masalah untuk menjaga dua kawasan pada masa yang sama, sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Dr Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor, berkata beliau mempunyai teman dan rakan seperjuangan yang membantu menyalurkan maklumat bagi memaklumkan keadaan semasa di kawasan terbabit.

“Saya dalam erti kata memantau juga, Kajang dan sini (Permatang Pauh). Jadi, ini tidak menimbulkan masalah…InsyaAllah, kerana saya ada teman-teman dan rakan seperjuangan (untuk membantu).

“Malah, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor, dia juga dalam pengurusan. Kajang ini bukan sekarang banjir, masa (di bawah) MCA pun banjir juga,” katanya pada sidang media harian Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena PRK Permatang Pauh, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika ditanya mengenai bagaimana beliau dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di Kajang, dan pada masa sama sibuk menjalankan aktiviti kempen di Permatang Pauh.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, anggota Parlimen (MP) Bayan Baru Sim Tze Tzin dan MP Bukit Mertajam Steven Sim.

Mengenai masalah banjir kilat di Kajang, Dr Wan Azizah berkata beliau sentiasa berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib bagi mengetahui perkembangan semasa dan pelan jangka panjang.

Mengulas mengenai perjalanan kempen PRK Permatang Pauh yang masuk hari kelima, beliau berkata setakat ini kempen berjalan lancar dan sambutan yang diterima agak baik.

“Saya mendapati ramai yang memberi sambutan yang macam orang lama tak jumpalah…seperti keluarga yang tak jumpa selepas sekian lama. Saya rasa ini menggalakkan. Saya kira baguslah perjalanan pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin menafikan kenyataan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim yang mendakwa Mohamed Azmin menggunakan PRK Permatang Pauh sebagai platform uji kaji menilai tahap populariti Dr Wan Azizah di mata pengundi kawasan berkenaan.

Beliau berkata pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu adalah berdasarkan kepada keputusan sebulat suara majlis pimpinan Pusat.

“Kami tak perlu buat uji kaji, bila kami meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon kami melalui proses keputusan dalam parti. Uji kaji ini (bermaksud) kalau kita tak pasti sama ada boleh lepas (menang) ke tak. Dalam hal ini saya rasa BN (Barisan Nasional) yang buat uji kaji,” katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

Ia diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.

Hari pengundian PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zamri Rancang Stategi Selamat Pertahan Kedudukan Teratas

Next Post

Pelanggan McDonalds Terjumpa Cacing Dalam Burger McChicken

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Next Post

Pelanggan McDonalds Terjumpa Cacing Dalam Burger McChicken

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd