• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Semak Semula Hukuman Sebatan, Masih Sesuai

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menyemak semula hukuman sebatan terhadap pesalah jenayah, khususnya kanak-kanak kerana hukuman itu dilihat masih sesuai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini, beliau menjelaskan terdapat prosedur tertentu bagi menjalankan hukuman sebatan terhadap pesalah lelaki, wanita dan kanak-kanak atau remaja bawah umur.

“(Sebatan untuk kanak-kanak dan remaja) bukan sama dengan apa yang dilaksanakan terhadap orang dewasa … menggunakan prosedur yang berlainan dan bersesuaian,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menyemak semula hukuman sebatan terhadap pesalah kanak-kanak atau remaja.

Seksyen 91(1)(g), Akta Kanak-kanak @001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Wan Junaidi berkata remaja bawah umur atau juvana yang disabitkan dengan kesalahan yang membawa hukuman mati, tidak akan dijatuhkan hukuman mati, sebaliknya mereka ditahan sebagai Tahanan Limpah sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri untuk dibebaskan.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan hukuman alternatif terhadap remaja bawah umur khususnya yang ditahan kerana kesalahan yang membawa hukuman mati dan ‘screening procedure’ yang ada untuk menilai kesediaan mereka untuk dibebaskan.

Wan Junaidi berkata terdapat tiga mekanisme yang boleh bertindak sebagai ‘screening procedure’ iaitu melalui Lembaga Hakim Pelawat, Jabatan Penjara atau Tahanan Limpah itu sendiri.

“Seperti diperuntukkan Seksyen 97 (4) Akta Kanak-Kanak 2001, ‘screening procedure’ dilaksanakan oleh Lembaga Hakim Pelawat yang akan menemu bual Tahanan Limpah atau remaja yang terlibat.

“Mereka juga akan mengkaji, menyediakan laporan dan membuat pengesyoran sekurang-kurangnya sekali setahun kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri sama ada wajar dilepaskan awal atau ditahan lanjut,” katanya.

Katanya Jabatan Penjara pula akan mengemukakan ‘Laporan Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali Tahanan Limpah’ kepada Lembaga Pengampunan Negeri untuk pertimbangan mengenai penahanan mereka.

Laporan itu mengandungi semua aspek seperti disiplin pesalah, kemajuan pemulihan, pencapaian, kerjasama, komitmen sumbangan dan kesihatan mereka, katanya.

Selain itu, Wan Junaidi berkata Tahanan Limpah juga boleh mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri berasaskan ketetapan Peraturan 113, Peraturan-peraturan Penjara 2000.

Berdasarkan ‘screening procedure’ yang dilaksanakan mengikut Seksyen 97 (4) Akta Kanak-kanak 2001 dan Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, bagi tahun ini, seramai sembilan Tahanan Limpah atau remaja bawah umur telah dibebaskan.

Beliau berkata seorang tahanan turut dibebaskan pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: sebatWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

27/12/2024
0

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan depan khalayak ramai akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini sebaik pemeriksaan kesihatan dijalankan mendapati...

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

25/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 40 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, untuk mengawal keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd