• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Ganti BR1M Dengan Baucar Barangan

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada bayaran tunai kepada kupon atau baucar barang seperti Program Bantuan Khasiat Makanan (SNAP) di Amerika Syarikat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata ini kerana kerajaan telah berjanji bantuan berkenaan diberi dalam bentuk tunai dan akan dinaikkan sehingga RM1,200 dalam masa lima tahun sejak pelaksanaannya pada 2012.

“Sebab kedua kita mahu penerima dapat nilai yang tepat kerana apabila ditukar kepada baucar barang, mereka tidak akan dapat nilai sepenuhnya kerana peniaga akan ambil untung,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menukarkan baucar BR1M kepada bentuk kupon atau baucar barang seperti program SNAP bagi memastikan penerima menggunakan wang itu untuk tujuan sepatutnya.

Menjawab soalan tambahan Irmohizam, Ahmad mengulangi pendirian kerajaan yang akan menyenaraihitamkan penerima BR1M yang menipu dengan menuntut bantuan itu sebanyak dua kali.

Katanya sehingga kini hanya 1,806 penerima daripada 6,776 orang yang menuntut dua kali telah membayar balik dan bakinya akan disenarai hitam untuk bantuan akan datang.

Ahmad menjelaskan bahawa bagi mengelak perkara tersebut berulang kemungkinan tiada lagi baucar akan dikeluarkan dengan mengkreditkan terus bayaran ke dalam akaun.

“Atau kita akan keluarkan baucar yang mempunyai ciri keselamatan tinggi bagi mengelak penipuan oleh penerima,” katanya.

Ahmad berkata pada tahun ini jumlah penerima BR1M ialah berjumlah 7,286,268 orang dengan nilai peruntukan RM5.2 bilion.- BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd