• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco Kaji Pilihan Pelanggan Mengenai Tambah Nilai

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Para penyedia komunikasi akan menjalankan kaji selidik sama ada pelanggan lebih menggemari nilai isian semula lebih rendah, tetapi akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Beliau berkata, contohnya, sama ada mereka lebih suka isian semula RM10, yang berharga RM10.60 (isian semula RM10 campur enam peratus GST) atau RM10 (isian semula RM9.43 campur enam peratus GST).

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata isian semula prabayar tertakluk kepada GST, seperti yang termaktub di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

GST dikuatkuasakan di negara ini mulai 1 April.

Ia mengenakan cukai enam peratus bagi barang berkadar standard, menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus. Kebanyakan barangan perlu adalah berkadar sifar.

Halim berkata SKMM dan penyedia komunikasi yang terdiri daripada Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile hari ini memberi penjelasan tentang isu berkaitan CBP bagi perkhidmatan prabayar.

“Saya diberi taklimat oleh celcos tentang perkara ini. Sejak asal lagi, perkhidmatan komunikasi tidak termasuk dalam senarai benda yang dikecualikan atau berkadar sifar daripada GST, yang bererti, pengguna perlu membayar GST bagi perkhidmatan ini. Ia termasuk isian semula prabayar,” katanya.

Halim berkata nilai isian semula adalah sama seperti nilai sebelum pelaksanaan GST dan perbezaannya ialah GST ditambah ke dalam jumlah isian semula.

Menurut empat penyedia komunikasi itu, kata beliau, Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersetuju dengan urusan berkaitan GST bagi isian semula prabayar seperti yang dibincang pada mesyuarat antara jabatan itu dan mereka semalam.

Beliau berkata, bagi meringankan beban pelanggan, sebagai langkah peralihan, pelanggan yang menambah nilai sebanyak RM5 dan ke atas, akan diberi nilai tambah yang lebih tinggi daripada enam peratus CBP dalam bentuk minit dan mesej teks selama tiga bulan, mulai hari ini.

Halim berkata industri itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta SKMM untuk menyediakan pakej jalur lebar yang lebih termampu oleh rakyat.

Pakej itu dijangka diumumkan pada pertengahan bulan ini, kata beliau.

– mStar Online

Tags: GSTTelco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd