• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Berkenan Naik LRT & Monorel RapidKL

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan RapidKL LRT dan monorel di sekitar Lembah Klang.

Baginda tiba di Stesen LRT Kelana Jaya dan mendengar taklimat Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan Azmi Abdul Aziz sebelum menaiki Putra LRT melalui sembilan stesen menuju KL Sentral.

Sebaik tiba di KL Sentral, Sultan Selangor disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Rombongan berkenaan meneruskan perjalanan dengan menaiki monorel terbaru dari Stesen KL Sentral menuju Stesen Bukit Nanas.

Jurucakap diraja berkata lawatan tersebut dijadual berikutan titah baginda pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada awal bulan ini.

“Tuanku meluahkan keprihatinan terhadap pengangkutan awam dan memandangkan tiga suku daripada laluan berada dalam negeri Selangor, baginda mahu merasai sendiri pengalaman menaikinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, Sultan Selangor memuji Prasarana atas kejayaan mengoperasikan pengangkutan awam dengan baik dan berharap rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan awam kerana ia juga dianggap mesra alam.

Sementara itu, Ismail berkata Sultan Selangor telah terlebih dahulu menyatakan hasrat merasai sendiri pengalaman menggunakan pengangkutan awam terutamanya sistem landasan.

“Selepas kunjungan hari ini, Tuanku Sultan melahirkan keyakinan bahawa pengangkutan awam merupakan stau cara mengatasi masalah lalu lintas di Lembah Klang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

Siapakah Lelaki Yang Begitu Erat Memeluk Sultan Selangor?

04/02/2026
0

MASIH ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan...

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd