• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Pahang Ziarah Pusara Allahyarham Jamaluddin Jarjis

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menziarah pusara Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini hari ini.

Baginda yang tiba pada 9.10 pagi disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Pahang turut menyertai bacaan tahlil dan yasin diketuai Mufti Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Turut berangkat anakanda baginda, Tengku Puteri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Meriam dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman.

Hadir sama balu Allahyarham Jamaluddin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail dan anak lelaki tunggal beliau Ikhwan Hafiz.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan barisan exco negeri Pahang juga turut hadir.

Jamaluddin, Anggota Parlimen Rompin dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), merupakan seorang daripada enam mangsa yang terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4.55 petang Sabtu lepas.

Turut maut dalam nahas itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razkan Seran, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan kenalannya Aidana Baizieva, warga Kyrgyzstan.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri kahwin anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev. – BERNAMA

Tags: Jamaluddin JarjisSultan Pahang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengamal Media Di Johor Digalakkan Lanjut Pelajaran

Next Post

Kayu Selfie Xiaomi Dengan Sokongan Bluetooth – RM29

Related Posts

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

Saman Ibu Jamaluddin Terhadap 2 Cucu Gagal Selesai

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kes saman antara ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah terhadap dua cucunya berhubung dakwaan...

Next Post

Kayu Selfie Xiaomi Dengan Sokongan Bluetooth - RM29

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd