• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Untuk PAS Di Rompin – Mohd Amar

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS mengakui bahawa parti itu sukar untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin memandangkan kawasan berkenaan merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, parti itu tewas dengan majoriti yang agak besar.

“Mesti realistik… mungkin sukar untuk menang sebab baru-baru ini kami kalah dengan lebih 15,000 undi dan dalam pilihan raya kecil ini seluruh kekuatan BN akan tertumpu di Rompin.

“Kami akan guna ruang yang ada untuk sampaikan mesej kepada masyarakat dan pergi lebih dekat kepada masyarakat untuk pertahankan undi yang ada, itu sudah baik tetapi kalau kena kepada cara kempen undi juga akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Wayang Kulit Kebangsaan di Muzium Negeri Kelantan di sini, malam tadi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota Parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990. Pada PRU 2013, beliau menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei sebagai hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 22 April. – BERNAMA

Tags: PASPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd