• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Lancar Aplikasi MeterOn Tambah Baik Perkhidmatan Teksi

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini melancarkan aplikasi MeterOn dalam usaha meningkatkan standard perkhidmatan teksi.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata aplikasi itu yang beroperasi menerusi Android dan iPhone, menawarkan kepada pelanggan platform lebih efisien untuk membuat aduan terhadap pemandu teksi tidak beretika.

“Penggunaan aplikasi ini bukan untuk menghukum pemandu teksi tetapi lebih kepada memberi perkhidmatan lebih baik, untuk memenuhi kehendak pelanggan dan membuatkan mereka rasa lebih selamat dalam perjalanan mereka,” katanya dalam taklimat media tentang aplikasi MeterOn sebelum melancarkan aplikasi itu di sini hari ini.

Beliau berkata MeterOn meliputi lebih 50,000 teksi berlesen di Semenanjung Malaysia.

Dalam taklimat itu, Ketua Perkhidmatan Pelanggan SPAD, Zachary Ismail Zee Ismail menjelaskan aplikasi itu dilengkapi enam ciri utama iaitu pengesahan pemandu, alat menjejaki perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, amaran SOS dan maklum balas atau laporan.

Beliau berkata ciri pengesahan pemandu akan membolehkan pelanggan untuk mengesahkan identiti pemandu dengan memasukkan nombor pendaftaran teksi dan sekiranya teksi berdaftar, pengguna boleh mendapatkan maklumat terperinci diri pemandu termasuk kesalahan dilakukan mereka di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Sekiranya teksi itu dipandu individu tidak tersenarai dalam daftar, pelanggan patut melaporkan perkara itu serta merta,” katanya.

Zachary Ismail berkata fungsi alat menjejaki perjalanan akan membantu pelanggan untuk mengetahui laluan perjalanan mereka dan berkongsi lokasi dengan rakan dan keluarga sehingga mereka selamat tiba di destinasi.

Mereka juga boleh mendapatkan anggaran tambang bagi perjalanan dengan memasukkan tempat mereka menaiki teksi dan destinasi, dan menurutnya anggaran tambang akan berdasarkan penggunaan meter dan kemudahan itu terdapat pada teksi bajet, TEKSI 1Malaysia, teksi premier dan eksekutif serta kereta sewa.

Dalam kes kecemasan, ciri amaran SOS akan membolehkan pengguna menghantar mesej tentang maklumat teksi, pemandu, lokasi semasa dan destinasi kepada pihak tertentu yang boleh disimpan dalam aplikasi itu atau membuat panggilan kecemasan kepada SPAD atau polis, katanya.

Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh membuat aduan kepada SPAD sekiranya perkhidmatan teksi tidak memuaskan, kata Zachary Ismail, dan menurutnya aplikasi itu sebagai pelengkap kepada saluran aduan sedia ada SPAD termasuk Twitter, SPAD hotline, e-mel dan SMS.

Katanya ciri penilaian pemandu akan membolehkan pelanggan menilai pemandu pada skala satu hingga lima, dan pada masa sama membantu SPAD menghapuskan pemandu tidak bertanggungjawab dan memberi ganjaran kepada pemandu beretika.

“Pelanggan yang memuat turun aplikasi MeterOn digalakkan mendaftarkan akaun mereka, untuk membantu suruhanjaya memperoses aduan dan maklum balas dengan lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Mohd Syahrir Abdul Aziz menyambut baik pengenalan aplikasi itu dan akan memaklumkan secara terperinci tentangnya kepada seluruh persatuan untuk sama-sama memperbaiki perkhidmatan.

Naib Presiden Satu Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) Datuk Aslah Abdullah pula berkata antara ciri aplikasi yang bagus pada MeterOn ialah penilaian kepada pemandu.

“Ini kerana penilaian yang paling baik adalah daripada penumpang teksi sendiri kerana mereka yang menggunakan perkhidmatan kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPADTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd