• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Najib Dengan Ikhlas – Rafidah

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz meminta semua pihak di dalam kerajaan supaya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ikhlas.

Beliau berkata pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu berdiri teguh di belakang Najib untuk membantunya memperkuatkan parti dan kerajaan.

“Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi semua yang berada di dalam kerajaan. Perdana Menteri memerlukan pasukan yang cekap, berwibawa, ikhlas dan berpegang teguh kepada tanggungjawab kolektif.

“Kita tidak mahu melihat kerajaan BN tergugat. Maka, sokonglah Perdana Menteri dengan ikhlas untuk memperkuatkan parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata setiap pandangan dan pendapat yang ingin diutarakan kepada mana-mana pihak termasuk Najib, ia perlulah dibuat secara berhemah dan konstruktif.

“Sungguhpun kita berhak bercakap, menulis dan memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara berhemah dan cara membina atau konstruktif…janganlah mana-mana pihak pula cuba menangguk di air yang keruh,” katanya.

Beliau mengulas keterbukaan Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO menjawab pelbagai isu dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas semalam.

Antara isu yang dijawab Najib dalam wawancara satu jam itu ialah mengenai 1Malaysia Development Berhad, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, prospek ekonomi negara serta kritikan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Veteran Umno Datuk Dr Malik Munip pula berpendapat dalam menghadapi pelbagai tekanan dan kritikan, Najib masih mempamerkan sikap beradab dan tertib.

Sebagai Perdana Menteri, katanya Najib juga memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menerajui negara selain terpaksa berdepan beberapa situasi ekstrem yang belum pernah berlaku dalam kalangan perdana menteri terdahulu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd