• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiran TMJ “Saya Memang Lanun”

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ismail menyifatkan segelintir penyokong bola sepak tanah air yang suka mengelar baginda sebagai `lanun’ hanya kerana membeli pemain-pemain berkualiti daripada pasukan lain mempunyai mentaliti lapuk.

Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertitah, bola sepak di seluruh dunia telah berubah tetapi pemikiran golongan terbabit masih ketinggalan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyebabkan industri bola sepak negara masih mundur hingga hari ini.

“Terdapat segelintir penyokong (bola sepak) yang tidak dapat menerima hakikat dan berkata perkara-perkara seperti TMJ lanun, TMJ suka merampas pemain, TMJ dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan ini, serta macam-macam lagi tuduhan.

“Para pemain terbabit memang mahu bermain untuk JDT. Dengan segala perkembangan yang berlaku di sini, bolehkah kita menyalahkan mereka kerana membuat pilihan tersebut. Dalam bola sepak, seseorang pemain akan meninggalkan sesebuah kelab kerana tiga sebab utama iaitu untuk mendapat gaji yang lebih baik, untuk bermain dalam sebuah pasukan yang diurus secara profesional atau mereka tidak berpuas hati dengan cara pasukan lama mereka dikendalikan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan. Lihatlah pengurusan kelab sendiri,” sindir baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tunku Ismail turut menyindir pihak yang suka melabelkan baginda sebagai `lanun’ kerana masih tidak mencapai sebarang perubahan sedangkan ramai penyokong bola sepak Malaysia sudah mula mahukan perubahan dalam bola sepak Malaysia termasuk perubahan ke atas badan induk bola sepak negara.

Sehubungan itu, baginda meminta pihak berkenaan supaya turut mengubah mentaliti dan fikiran mereka serta tidak terikut-ikut dengan badan induk pentadbir bola sepak yang masih ketinggalan daripada segi ideologi dan keberatan untuk maju ke hadapan.

“Almarhum nenda saya pernah berkata, kalau kita hantukkan kepala ke dinding, siapa yang sakit? Dinding atau kepala sendiri? Jadi, tak perlulah kita cuba menegakkan benang yang basah,” ttiah baginda.

Baginda turut meminta turut meminta pihak yang berfikiran negatif ke atas dirinya supaya menyedari bahawa hidup manusia tidak lama dan sewajarnya mereka menjalani hidup dengan cara positif serta bersyukur kepada Allah S.W.T.

“Kita tidak tahu berapa lama hidup kita di dunia ini. Sebagai contoh, adik saya sendiri didiagnosis dengan penyakit kanser. Saya dan keluarga mendoakan beliau setiap hari dan memberikan segala sokongan yang diperlukan.

“Secara ringkasnya, apa yang saya ingin sampaikan adalah, lebih baik kita mengasihi orang yang tersayang sementara mereka masih di samping kita, daripada membazir masa memburukkan orang lain, kerana kita tidak tahu bila mereka atau diri kita sendiri akan meninggalkan dunia ini. Akhir kata, saya memang lanun,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu memaklumkan, Kafe JDT, padang latihan tertutup dan pusat perubatan bola sepak Johor yang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada September 2015. – mynewshub.cc

Tags: PBNJTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HydraDock: Doc Penambah Sambungan MacBook 2015

Next Post

Hafiz Hamidun Kurang Setuju Garis Panduan JAKIM

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Hafiz Hamidun Kurang Setuju Garis Panduan JAKIM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd