• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Akhbar Info Terkini GST Dibuat Setiap Hari, Mulai 1 April

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan sidang akhbar bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memberi maklumat terkini tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada setiap hari, mulai hari ini.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata sidang akhbar pada jam 5 petang di bangunan kementerian di Putrajaya itu antara lain bertujuan memberi maklumat terus kepada rakyat berhubung aduan diterima, jenis aduan, tindakan yang telah diambil dan sedang disiasat.

“Sidang akhbar itu akan dikendalikan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad bersama Pengarah GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy bagi memberi pencerahan terhadap apa sahaja aduan yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan di pasaraya Giant di sini, Rabu.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Hasan berkata semua maklumat itu diperoleh menerusi Pusat Gerakan Anti Pencatutan yang beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir.

Menurut Hasan, pusat gerakan serta sidang akhbar itu akan diteruskan bagi memantau situasi semasa pelaksanaan GST sehingga ia benar-benar difahami dan tidak wujud kekeliruan atau pihak mengambil kesempatan.

Justeru, Hasan menggalakkan pengguna di seluruh negara menggunakan sebaiknya pusat gerakan bagi mengemukakan apa sahaja aduan dan kekeliruan mengenai pelaksanaan CBP termasuk aduan peniaga menjadikan GST sebagai alasan menaikkan harga jualan.

Pengguna boleh menghubungi talian hotline 1-800-886-800 atau 03-88826245 dan 03-88826088 serta merujuk ke ibu pejabat KPDNKK di setiap negeri, katanya.

Sementara itu, Jainab berkata senarai harga di dalam buku panduan harga untuk pengguna itu perlu diiklankan di dalam akhbar selain memaparkan kesemua harga barangan itu di hadapan pintu masuk pasar raya.

Beliau juga mengingatkan semua pengusaha atau pemilik kedai runcit khususnya yang berada di kawasan luar bandar supaya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sehingga membebankan pengguna. – BERNAMA

Tags: GSTHasan Malek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,000 Anggota Kastam, KPDNKK Turun Padang

Next Post

Gambar Shila Amzah Peluk Erat Seorang Jejaka Disalah Erti

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Gambar Shila Amzah Peluk Erat Seorang Jejaka Disalah Erti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd