• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Baharu PLKN Terap Pengajaran Bidang Kemahiran

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal mengikuti modul kemahiran teknikal dan vokasional sebagai persiapan memasuki pasaran kerja, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penambahan yang tercetus melalui Makmal Transformasi PLKN yang berakhir 27 Mac itu merupakan nilai tambah kepada modul asas seperti patriotisme dan perpaduan yang akan melibatkan kerjasama syarikat swasta.

“Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional kepada tranformasi PLKN telah dibentangkan kepada Kabinet minggu lepas dan saya telah minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Cara bagaimana syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasi ini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat,” katanya dalam sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi PLKN di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata dengan penglibatan syarikat swasta, sijil yang diperoleh akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.

Hishammuddin juga yakin sesi baharu PLKN boleh bermula awal tahun depan selepas pihaknya membentangkan laporan makmal dan input hari terbuka kepada jemaah menteri apabila proses mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berakhir minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas mengumumkan bahawa PLKN yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Najib, dalam Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara pada Januari lepas pula mengumumkan penangguhan PLKN tahun ini untuk membolehkan penjimatan RM400 juta selain membolehkan program itu dikaji semula dengan penambahbaikan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kerajaan tetap berharap baki pelajar atau rakyat Malaysia yang berada di Yaman dapat pulang segera ke tanah air kerana secara realiti, keadaan di kawasan bergolak itu amat membimbangkan.

Beliau berkata walaupun kerajaan tidak berhak untuk memaksa mereka pulang kerana pemergian dibuat secara persendirian, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan pesawat Hercules C130 milik Angkatan Tentera Malaysia di Djibouti jika pelajar berkenaan ingin kembali ke Malaysia.

“Walaupun mungkin beranggapan kawasan pengajian mereka di Hadramaut, Hudoidah dan Sana’a tidak segetir di Aden tetapi keadaan boleh berubah pada bila-bila masa,” katanya dan menganggarkan terdapat kurang daripada 150 pelajar lagi berada di ketiga-tiga wilayah tersebut.

Menurut Wisma Putra sejumlah 496 pelajar Malaysia termasuk dari Aden telah dipindahkan dari beberapa wilayah di Yaman seperti Sana’a, Hodaidah dan Hadramaut sejak 7 April lepas berikutan perang saudara yang semakin meruncing di negara itu. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd