• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Hitam Pelajar, Kedai Buku Salah Guna BB1M

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya telah mengagihkan garis panduan penggunaan dan penerimaan BB1M kepada semua kedai buku dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

“KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) turut melaksanakan proses pemantauan ke atas kedai buku dan semua universiti yang mengagihkan BB1M kepada pelajarnya berdasarkan pengurusan rekod mereka.

“Selain itu, kami turut memberi peringatan kepada para pelajar yang menerima BB1M supaya tidak menukarkannya kepada bentuk tunai dan hanya dihadkan dalam pembelian buku sahaja,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Dr Asyraf ingin tahu sejauh mana proses pemantauan dibuat dalam memastikan bantuan BB1M berjumlah RM250 setiap pelajar dimanfaatkan dan tidak disalahgunakan oleh pelajar IPT.

Yap berkata pemberian BB1M kepada semua pelajar adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku serta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.

“Oleh itu, kami memerlukan kerjasama daripada semua pihak, termasuk orang awam dan pemimpin masyarakat supaya membuat aduan kepada kami sekiranya mendapati penyalahgunaan BB1M dalam kalangan pelajar,” katanya. – BERNAMA

Tags: BB1M
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Boleh Mohon Baucar Buku 1Malaysia Mulai Hari Ini

21/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia...

Penuntut Berputih Mata BB1M Bernilai RM30,000 Dilarikan ‘Achong’

20/04/2016
0

SHAH ALAM - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM30,000 yang ingin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd