• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sazali Tekad Buru Gelaran Mr Universe Ke-11

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usia bukan penghalang kepada jaguh bina badan negara, Sazali Abd Samad, yang bertekad untuk memburu gelaran Mr Universe untuk kali ke-11 tahun ini.

Sazali, 47, yang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat pada Anugerah Sukan Negara 2014 semalam, bersedia untuk memburu gelaran itu di Bangkok, Thailand pada 15-21 Nov ini.

“Kalau ada keizinan saya akan buat yang terbaik lagi untuk negara, saya akan memburu gelaran yang ke-11. Selagi saya berupaya, saya akan teruskan perjuangan saya dengan kemampuan saya dan kemudahan yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Panel pilih saya lagi, mungkin kerana pencapaian saya untuk rebut gelaran Mr. Universe ke-10 dan pingat emas Kejohanan Bina Badan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) di Macau,” katanya.

Beliau menerima anugerah itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sazali memenangi kejuaraan Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014 serta lapan kali gelaran Mr Asia bermula 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Pegawai Polis berpangkat Sub Inspektor kelahiran Batu Pahat, Johor itu juga optimis untuk memenangi pingat emas kelima di Sukan Polis dan Bomba Dunia di Virginia, Amerika Syarikat bermula 26 Jun hingga 5 Julai.

Pada kejohanan dwitahunan itu, beliau meraih pingat emas pada 1995, 2003, 2005 dan 2007 manakala pada edisi 1997, beliau membawa pulang pingat perak. – BERNAMA

Tags: Sazali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebulan Kahwin, Suami Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Menghilang

Next Post

Ramai Mula Faham Kenaikan Harga Kerana Manipulasi Peniaga

Related Posts

Sazali Dedah Petua Kejayaan Raih Gelaran Mr Asia, Mr Universe

14/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad mendedahkan petua tidak menjamah makanan berlemak serta minuman manis terutama pada...

Next Post

Ramai Mula Faham Kenaikan Harga Kerana Manipulasi Peniaga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd