• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Tegur Editor Sinar Harian” – Suhaizan

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat tidak berpuas hati dengan tajuk akhbar Sinar Harian mengenai berita kenyataan beliau berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini.

Dakwa beliau, Sinar Harian telah memberikan laporan dengan pemilihan tajuk yang lari daripada konteks beliau sebutkan mengenai perkara tersebut.

“Tidak benar saya sebut bahawa isu GST lebih mudarat dari hudud. Ia memberi makna yang berbeza.

“Anda boleh lihat laporan penuh sinar harian tersebut dan tidak ada sepatah pun saya sebut isu mudarat lebih besar. Saya akan tegur editor Sinar Harian untuk perbetulkan tajuk yang memberi makna yang berbeza daripada apa yang saya sebut,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan mendakwa, kenyataan beliau bermaksud walaupun Pakatan Rakyat mengalami masalah dalaman berhubung hukum hudud, Barisan Nasional (BN) pula berhadapan isu GST.

Sinar Harian semalam melaporkan Suhaizan mengakui isu hudud yang menjadi perbalahan antara anak buahnya dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera PAS untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh.

Berita oleh Sinar Harian tersebut menggunakan tajuk “Suhaizan: Isu GST lebih besar berbanding hudud”.

Laporan Sinar Harian itu menyebabkan ramai ahli PAS mengkritik Suhaizan kerana melihat beliau sebagai Ketua Pemuda PAS paling gagal dalam sejarah parti itu serta lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat berbanding kepimpinan ulama PAS. – mynewshub.cc

Tags: Sinar HarianSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Selangor Utamakan PRK Rompin

Next Post

PBNJ Bina Padang Bola Sepak Tiruan Untuk Orang Ramai

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Next Post

PBNJ Bina Padang Bola Sepak Tiruan Untuk Orang Ramai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd