• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Umno Beri Penjelasan, Tangkis Tuduhan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Kira- kira 1,500 anggota Puteri UMNO kini giat mendekati pengundi muda secara bersemuka dan menerusi media sosial bagi memberi perjelasan dan menangkis tuduhan dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan berkata pasukan khas Barisan Semut Api yang ditubuhkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah digerakkan untuk menepis propaganda pembangkang dalam media sosial.

Katanya pasukan itu berperanan untuk menjawab persoalan dan menangkis segala penipuan dan fitnah tentang pelbagai isu termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dimainkan pihak pembangkang.

“Kami gunakan pasukan semut api ini untuk membetulkan semula pemahaman masyarakat terutama golongan muda mengenai isu-isu yang telah diputar-belit oleh pembangkang terutama mengenai pelaksanaan GST,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media di Kolej Komuniti Rompin, di sini Jumaat.

Bagi mendekati golongan muda di kawasan terpencil, Puteri UMNO menggunakan ‘Pentas Anak Muda’ bagi memberi ceramah dalam bentuk kecil-kecilan untuk menepis dakyah pembangkang, katanya.

Pentas itu juga menjadi jalan terbaik bagi Puteri UMNO mendekati golongan tersebut selain menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan Rompin, kata Zahida.

“Sejak hari penamaan calon kami sudah berjuma kira-kira 10 peratus pemuda dan wanita di kawasan Rompin ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan saya percaya ini merupakan satu petanda positif untuk BN mencatatkan kemenangan dengan majoriti undi lebih baik,” katanya.

Daripada 53,294 penduduk Rompin yang layak mengundi pada PRK Rompin kali ini, 24,603 merupakan pengundi muda iaitu 12,417 wanita dan 12,186 lelaki.

Calon BN Datuk Hasan Arifin dicabar oleh calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu pada PRK 7 Mei ini berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak enam penggal lepas apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

Tags: PRK RompinPuteri UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kahwin Muda, Pelajar Luah Perasaan Kawan Abaikan Ibubapa

Next Post

Kereta Klon Di Lembah Klang Diserah Kepada JPJ

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

Next Post

Kereta Klon Di Lembah Klang Diserah Kepada JPJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd