• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Pelebaran Lorong Keempat PLUS 93% Siap

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja bagi Projek Pelebaran Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengatasi kesesakan teruk di sepanjang jaringan lebuhraya ini, kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata projek yang bermula pada Julai 2012 bernilai RM1.44 bilion itu dijangka siap sepenuhnya sebelum September tahun ini.

“Kerajaan mengambil maklum mengenai kesesakan kritikal dan mendesak di lokasi tertentu pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah.

“Projek ini merupakan salah satu usaha menyelesaikan masalah kesesakan yang disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan yang berlipat kali ganda yang menggunakan laluan dalam tempoh sama,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta kementerian menyatakan langkah yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah kesesakan teruk di Lebuhraya PLUS pada masa-masa tertentu terutamanya bagi jaringan di Selatan Perak.

Menjawab lanjut, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata usaha lain ialah projek membina lorong mendaki di laluan PLUS antara Slim River hingga Sungkai (arah utara) sepanjang 4.5 kilometer yang siap pada hujung 2014 lalu.

Bagi mengurangkan kesesakan khususnya di utara Selangor dan Perak, kerajaan katanya telah meluluskan projek pembinaan lebuh raya Pantai Barat (WCE) melibatkan jajaran dari Taiping ke Banting sepanjang 316 kilometer.

“Lebuhraya ini dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

“Di samping itu, kementerian juga merancang menaik taraf jalan Persekutuan 60 (PT60) sedia ada iaitu dari Damar Laut ke Changkat Jering, Perak kepada empat lorong dua hala,” katanya.

Katanya, kerja naik taraf melibatkan jarak 70 kilometer itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) tertakluk kepada kelulusan peruntukan yang bakal diterima daripada agensi pusat. – BERNAMA

Tags: PLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd