• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR1MA Tidak Pernah Lantik Ejen

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tidak pernah melantik atau memberi kontrak kepada mana-mana ejen atau pihak ketiga bagi berurusan dengan sesiapa bagi pihaknya.

PR1MA menegaskan hanya perbadanan itu yang mengendalikan segala urusan berkaitan pembangunan PR1MA.

“Bakal pembeli rumah dan mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan PR1MA perlu mendaftar di laman web kami www.pr1ma.my. PR1MA tidak menerima mahupun meminta sebarang deposit untuk pendaftaran daripada bakal pembeli rumah,” menurut kenyataan dalam laman web PR1MA.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan sebanyak 38 individu termasuk daripada golongan kaya dan berpengaruh didakwa telah kehilangan RM150,000 berikutan kes penipuan membabitkan empat wanita yang dipercayai menyamar sebagai ejen PR1MA.

Kesemua mangsa berkenaan mendakwa telah membayar antara RM2,500 dan RM7,000 kepada ejen itu pada tahun lepas, bagi ‘pembelian’ rumah semi-D dan ‘town house’ di Ara Damansara serta unit apartmen di Taman Cempaka, Ampang.

Beberapa mangsa terbabit menyedari mereka telah tertipu apabila ke tapak projek perumahan itu di Taman Chempaka dan mendapati rumah-rumah sudah diduduki di kawasan itu.

Ada juga mangsa yang melihat laporan berita melalui televisyen bahawa PR1MA tidak melantik mana-mana ejen untuk menjual hartanah tersebut kepada individu.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Rabu lalu setelah curiga apabila suspek berkenaan mengelak untuk menjawab sebarang panggilan telefon berhubung status pembelian rumah mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang melakukan penipuan itu dan akan merujuk kepada PR1MA bagi tindakan susulan.

“Polis perlu memastikan sama ada individu terbabit merupakan ejen yang dilantik PR1MA atau sebaliknya … kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khairuldin berkata setakat ini, sebanyak 12 daripada 38 mangsa itu telah diambil keterangan, manakala selebihnya akan selesai dalam sehari dua lagi. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hairul Dengar Nasihat Ibu Bapa, Tak Kerap Jumpa Hanis

Next Post

Video: Persembahan Paling Cool Dalam Asia’s Got Talent

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

Next Post

Video: Persembahan Paling Cool Dalam Asia's Got Talent

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd