• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

POTA Bukan Untuk BN Tapi Perisai Jaga Keamanan Negara

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang Pencegah Keganasan (POTA) 2015 bukan untuk Barisan Nasional (BN) tetapi sebagai perisai bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara ini, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata rang undang-undang itu diluluskan tanpa pindaan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini seharusnya disokong oleh semua pihak bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara yang dinikmati ketika ini dapat dikekalkan, seterusnya mencegah pengaruh dakyah secara berkesan.

Katanya tragedi hitam yang menimpa negara ini dalam peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna dua tahun lepas, serta kes-kes membabitkan usaha merekrut anggota militan IS memerlukan undang-undang itu.

“Tidak boleh lagi menunggu sehingga berlaku tragedi hitam kedua atau ketiga (baharu mahu) untuk mengekang aktiviti keganasan yang kini sudah tidak mempunyai had sempadan terutama dalam era ledakan teknologi maklumat dan penggunaan media sosial yang meluas,” katanya.

Samsudin berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan dasar kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Samsudin meminta pemimpin politik pembangkang supaya tidak memanipulasi serta memutarbelit fakta undang-undang tersebut sehingga akan mengganggu pelaksanaannya nanti yang akhirnya menjejas keselamatan negara dan rakyat.

Katanya semua pihak yang mendakwa ia sebagai undang-undang kejam harus mengubah persepsi itu kerana ia bukan digubal bagi menyekat kebebasan bersuara apatah lagi hak asasi manusia, sebaliknya sebagai pencegahan kepada ancaman keganasan.

“Untuk itu, mana-mana pemimpin politik tidak perlu takut dengan undang-undang ini kerana ia dibuat untuk menyekat dan mencegah kumpulan pengganas sahaja. Pengganas dan keganasan … adalah musuh negara yang perlu ditangani bersama-sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: POTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS – Khalid

15/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) di...

Pejabat Presiden PAS Kata Abdul Hadi Tak Sokong POTA

11/04/2015
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Presiden PAS menafikan laporan portal berita MalaysiaKini bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong usaha kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd