• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Posmen Pos Malaysia Naik Sampan Kutip Surat Semasa Banjir

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun banyak kawasan di beberapa negeri terjejas teruk selepas bencana banjir pada tahun lalu, namun ia tidak pernah menghalang posmen daripada menunaikan tanggungjawab mengutip dan menghantar surat kepada masyarakat di kawasan terbabit.,

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim memberitahu, terdapat ramai posmen sanggup meredah banjir dengan mengunakan sampan untuk melaksanakan tugas mengutip dan menghantar surat di kawasan dinaiki air demi tanggungjawab mereka.

“Beberapa premis kami di seluruh kawasan turut terjejas dinaiki air manakala sebahagian cawangan termasuk pos mini lumpuh dan gagal beroperasi.

“Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang posmen untuk melaksanakan tugas mengutip dan menghantar surat, walaupun mereka terpaksa mengayuh sampan untuk menunaikan tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

mynewshub.cc
GAMBAR HIASAN

Azlan dalam pada itu berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kerana menghulurkan bantuan kepada pengusaha pos mini yang hilang punca pendapatan akibat banjir.

Menurutnya, pembinaan semula cawangan pos mini ini terlibat membolehkan orang awam dapat kembali menikmati perkhidmatan pos seperti sediakala.

“Sumbangan yang dihulurkan kepada pengusaha juga akan sedikit sebanyak membantu mereka didalam memulakan semula kehidupan baru”, kata Azlan.

Pos mini ditubuhkan sejak era Jabatan Perkhidmatan Pos yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pos asas bagi lokasi luar bandar dan kurang mendapat capaian perkhidmatan. – mynewshub.cc

Tags: Pos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd