• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Curi Kereta Proton, Tahan 3 Suspek

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Polis melumpuhkan geng curi kereta Proton dikenali sebagai ‘Geng Thiaggu’ berikutan penahanan tiga anggotanya termasuk sepasang suami isteri, pada 7 April lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata hasil maklumat awam, suspek berusia antara 34 dan 40 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kereta curi di Air Putih di sini pada 5.30 petang.

“Polis percaya telah menyelesaikan 16 kes kehilangan kereta Proton yang dilapor di sekitar Pulau Pinang, Parit Buntar, Perak dan Kulim, Kedah.

“Pasangan suami isteri itu adalah perancang utama manakala seorang lagi ialah mekanik yang diupah untuk melakukan kerja melerai komponen kereta yang dicuri dengan bayaran RM500 bagi sebuah kereta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan di rumah pasangan suami isteri itu di Bandar Baru, Air Putih, di sini polis menemui pelbagai komputer riba, geran kereta, pasport, kad pengenalan, kad ATM dan pemain audio kereta disyaki barangan curi.

Polis turut merampas lima kereta, 14 kusyen, 17 pintu, tujuh tayar berserta rim, tujuh bonet kereta, lima but, rangka kereta Proton Putra dan alat pemotong yang digunakan untuk melerai komponen kereta curi berkenaan di bengkel sewa suspek di Kulim.

Lai berkata suspek menyasar kereta buatan tempatan untuk mendapatkan alat ganti yang kemudiannya akan dijual di kedai barangan lusuh di sekitar Kulim dan Nibong Tebal dengan harga murah.

“Suspek akan merosakkan kunci kereta terlebih dahulu dan menghidupkan enjin dengan menyambung wayar sebelum melarikan kereta berkenaan dengan ditemani isterinya,” katanya.

Beliau berkata suami wanita itu mempunyai lima rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan pernah dikenakan tindakan Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO) pada 2003, 2005 dan 2007.

Katanya mekanik terbabit mempunyai satu rekod kesalahan melibatkan kesalahan curi kenderaan dan hasil saringan air kencing ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=XCROZzcRIkk

Tags: curi keretaJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd