• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plaza Low Yat Raih RM5 Juta Hasil Karnival ICT

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – LYC Mall Sdn Bhd yang juga pengendali Plaza Low Yat, berjaya mencatat jualan memberangsangkan RM5 juta menerusi acara dwitahunan Karnival Jualan Penghabisan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berakhir pada 29 Mac lepas.

Menurut Pengurus Besar Hartanah dan Operasinya, Michael Lee, karnival itu ternyata memberi pulangan lebih tinggi kepada 600 penyewanya berbanding jualan RM3.5 juta yang diraih pada karnival diadakan November lepas.

Katanya, walaupun pihaknya menjangkakan hasil jualan lebih rendah berikutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), penggunaan produk ICT itu sebaliknya diunjur stabil pasca tiga bulan pelaksanaan cukai berkenaan.

“Jualan produk ICT terbukti tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil hasil kemasukan telefon pintar. Malah, 40 peratus hasil jualan syarikat kami disumbangkan segmen telefon pintar.

“Orang ramai akan terus mahukan gajet dan teknologi baharu yang membawa kepada peningkatan permintaan produk terkini.

“Pihak kami menjangkakan hasil jualan akan kembali normal selepas tiga bulan (pelaksanaan CBP),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan hadiah utama bersempena penganjuran karnival berkenaan, di sini, hari ini.

Karnival bertemakan ‘Pesta Keriangan’ itu menarik sejumlah 28,000 penyertaan berbanding 16,000 orang, tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Plaza Low Yat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Telefon Di Low Yat, Shahrul Dipenjara 4 Bulan

25/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas...

Remaja Maut Terjun Tingkat Empat Plaza Low Yat

21/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Cina mati selepas nekad terjun dari tingkat empat Plaza Low Yat semalam. Insiden itu berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd