• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Hasutan Dibuat Selepas 40 Tahun – Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, dibuat selepas 40 tahun pindaan terakhirnya dibuat pada 1975, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan itu, katanya kerajaan melihat sudah tiba masanya untuk meneliti kembali kesesuaian akta itu mengikut perkembangan semasa di negara ini.

“Kerajaan telah bertindak tepat apabila menyatakan pendirian yang jelas untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan membuat penambahbaikan tertentu.

“Ini kerana Akta Hasutan 1948 ini terbukti sekian lama digunakan sejak ia dikuatkuasakan, dan terbukti sebagai alat yang paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini terus terpelihara,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Akta Hasutan digubal untuk mengekang aktiviti komunis di Tanah Melayu khususnya dari segi penyebaran propaganda yang dilakukan oleh pengganas komunis melalui penyebaran risalah-risalah yang menghasut rakyat supaya menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Akta itu kemudian dipinda selepas insiden 13 Mei 1969 dengan membuat penambahbaikan terhadap Seksyen 3 yang memasukkan peruntukan prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sebelum pindaan terakhir dibuat pada 1975.

Ahmad Zahid menegaskan langkah mengekalkan akta itu bukan bermakna kerajaan melangkah ke belakang, sebaliknya dilakukan demi melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini.

“Saya menyeru agar semua pihak mengenepikan fahaman politik dan kepentingan diri masing-masing bagi membuat penilaian rasional demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) memohon pembentangan rang undang-undang itu ditangguhkan memandangkan ada kes yang didakwa di bawah akta itu sedang diputuskan Mahkamah Persekutuan dan dikhuatiri perbahasan rang undang-undang itu akan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(2), iaitu tidak boleh disebutkan perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.

“Sekiranya mahkamah putuskan akta ini adalah tidak mengikut Perlembagaan, maka apa yang kami buat di dalam Dewan Rakyat ini adalah satu tindakan yang sia-sia kerana dewan membuat pindaan kepada satu undang-undang yang sebenarnya tidak berperlembagaan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang itu kerana telah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara bahawa ia tidak mendatangkan prejudis kepada mahkamah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian memutuskan untuk membenarkan pembentangan rang undang-undang itu dengan alasan ia tidak melanggar peraturan mesyuarat.

“Perkara ini belum pernah berlaku di Parlimen Malaysia di mana satu akta dibawa ke mahkamah untuk mengisytiharkannya tidak mengikut Perlembagaan…selepas itu pula ada kes sebegini (dibentang untuk pindaan).

“(Tetapi) kalau sesuatu rang undang-undang itu pada suatu ketika didapati tidak menurut perlembagaan, maka Parlimen boleh menggubal lagi satu rang undang-undang (bagi menggantikan rang undang-undang awal),” katanya.

Justeru itu, kata Pandikar, bagi memastikan perbahasan rang undang-undang itu tidak menyalahi Peraturan Mesyuarat 36(2), beliau sendiri akan memantau perbahasan supaya ia tidak membincangkan secara langsung mengenai kes yang telah dirujuk kepada mahkamah. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd