• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PETRONAS Umum Pelantikan Pengurusan Kanan

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PETRONAS melantik Md Arif Mahmood sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan Hiliran, menggantikan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkuat kuasa hari ini.

Wan Zulkiflee dilantik sebagai Presiden & CEO Kumpulan syarikat minyak negara itu pada 1 April, 2015. Dalam satu kenyataan, PETRONAS berkata, Md Arif sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Strategi Korporat & Risiko.

Beliau menyertai PETRONAS pada 1984 sebagai jurutera pelatih dan memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di PETRONAS, termasuk di Engen Petroleum, Unit Perancangan Korporat, PETRONAS Gas, PETRONAS Dagangan, dan Asean Bintulu Fertilizer.

Beliau juga berkhidmat sebagai Naib Presiden Perniagaan Minyak. Sementara itu, Adif Zulkifli dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Strategi Korporat & Risiko. Adif sebelum ini bertugas sebagai Naib Presiden Malaysia Petroleum Management sejak Mac 2014.

Beliau menyertai PETRONAS pada 1993 sebagai jurutera empangan, dan memegang pelbagai jawatan pengurusan termasuk Perancangan Strategik Kumpulan dan Jabatan Ekonomi Petroleum selain Strategi & Penerokaan Baharu, Perniagaan Huluan.

Petronas turut melantik Muhammad Zamri Jusoh sebagai Naib Presiden Malaysia Petroleum Management.

Sebelum pelantikan ini, Muhammad Zamri mengetuai Bahagian Strategi & Penerokaan Baharu bagi Strategi & Risiko Huluan.

Beliau menyertai Petronas pada 1991 sebagai ahli teknologi pengeluaran. Muhammad Zambri memegang pelbagai jawatan peringkat pengurusan dalam perniagaan huluan, termasuk sebagai ketua pembangunan sumber petroleum, Malaysia Petroleum Management.

Petronas juga melantik Zakaria Kasah, Naib Presiden & CEO Malaysia LNG sebagai Naib Presiden, Teknologi & Kejuruteraan, berkuat kuasa 1 Mei, 2015. Dzafri Sham Ahmad, Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zakaria, pada tarikh yang sama, kata PETRONAS. – BERNAMA

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd