• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesuruhjaya PAS Selangor Kecam Ronnie Liu

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyelar pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu kerana mengutuk Himpunan HINDAR anjuran PAS bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kelmarin.

Beliau mendakwa Ronnie seolah-olah mempunyai agenda tertentu dengan mempertikaikan perhimpunan tersebut kerana DAP tidak berbuat demikian sebelum ini.

“Kalau dulu Barisan Nasional (BN) yg pertikaikan himpunan PAS tapi hari ini Ronnie Liew pulak. Ada apa-apa ke dengan BN Ronnie?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ronnie yang juga bekas Exco Selangor baru-baru ini mengejek Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menganggap Himpunan HINDAR tidak mendapat sambutan.

Beliau di laman sosial Facebook memuatkan status ‘padan muka Haji Hadi’, “padan muka UG (Kerajaan Perpaduan) yang merujuk kepada Himpunan HINDAR di Padang Merbok di sini.

Pemimpin DAP Selangor itu turut memuatkan status dan beberapa keping gambar sekitar Himpunan HINDAR pada 11 April, kira-kira jam 11.30
malam.

Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu telah digunakan untuk menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=HzJdGfC5YSM

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd