• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Jangka Jualan Aksesori Naik 2-3 Peratus

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -Perodua menjangka sumbangan jualan aksesorinya kepada segmen selepas jualan meningkat dua hingga tiga peratus tahun ini dengan pelancaran rangkaian produk aksesorinya sendiri di bawah jenama ‘GearUp’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata jualan aksesori menyumbang kira-kira 10 peratus setiap tahun kepada segmen selepas jualan syarikat.

“Kami menyasar sumbangan hanya tiga peratus tahun ini kerana kami baru sahaja melancarkan aksesori Axia dan sekarang telahpun bulan April. Kami akan melancarkan aksesori Myvi dan Alza kemudian nanti.

“Bagi tahun depan, kami menjangka aksesori baharu ini menyumbang antara 15 dan 16 peratus kepada segmen selepas jualan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aksesori GearUp, di sini, semalam.

Aminar juga menjangka sehingga 90 peratus pembeli Axia memasang aksesori tersebut selepas membeli kereta itu.

Aksesori tersebut termasuklah pakej peningkatan kosmetik luaran dan dalaman berharga daripada RM260 hingga RM3,600, boleh didapati di semua 182 pusat jualan dan 183 pusat servis Perodua di seluruh negara bermula Jumaat.

Sementara itu, Aminar berkata Perodua mengekalkan sasaran jualan 2015 sebanyak 208,000 unit walaupun harga keretanya diturunkan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kami menunggu pasaran stabil selepas GST sebelum menyemak semula sasaran jualan kami tahun ini,” katanya.

Oleh kerana pelanggan bergegas membeli kereta berikutan jangkaan kenaikan harga selepas GST, Aminar berkata Perodua mencatatkan jualan bulanan tertinggi sebanyak 22,500 unit pada Mac. – BERNAMA

Tags: Perodua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rancangan Pelik Dan Tidak Bermaruah Diperkenalkan Di Jepun

Next Post

Tema Jihad Dalam Khutbah Jumaat Untuk Elak Terjebak IS

Related Posts

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

31/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang dijual pada harga bermula RM38,600 hingga...

Selamat Jalan Proton, Perodua Jika Malaysia Terima CPTPP

10/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundram menggesa kerajaan tidak berbuat apa-apa dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif...

Next Post

Tema Jihad Dalam Khutbah Jumaat Untuk Elak Terjebak IS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd