• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan ESSCom Belum Selesai, Kata Komander

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata perjuangan ESSCom untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) masih belum selesai walaupun keadaan keselamatan di zon itu kini bertambah baik.

Sehubungan itu, beliau meminta warga ESSCom supaya memperbaharui tekad dan azam bagi membantu menjayakan misi murni kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat, khususnya di ESSZone.

Abdul Rashid turut berterima kasih kepada warga ESSCom, terutama para pegawai yang kembali bertugas ke Semenanjung Malaysia, atas sumbangan dan jasa bakti yang diberi selama berkhidmat di ESSCom.

“Saya masih ingat, pada peringkat permulaan (2013), ESSCom berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk kekurangan kakitangan. Pada waktu itu, kita hanya mempunyai sekitar 46 pegawai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan operasi ESSCom.

“Namun kekangan ini tidak mematahkan semangat kita berjuang untuk mengawal keselamatan di ESSZone. Alhamdulillah, selepas dua tahun, keadaan keselamatan di ESSZone bertambah baik, namun perjuangan kita masih belum selesai,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan empat pegawai kanan ESSCom di sini Isnin malam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Pengarah Logistik dan Urustadbir ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Pasukan Khas ESSCom SAC Mohammad Ismail, Pengarah Bahagian Operasi Udara ESSCom Brig Jen Abd Razak Ahmad dan Pengarah Bahagian Keurusetiaan ESSCom Newmond Tibin.

Mereka yang bertukar ke Semenanjung ialah Ketua Staf Pasukan Polis Marin (PPM)/Pasukan Gerakan Udara (PGU) SAC Abdul Manaf Othman, Timbalan Ketua Staf Siasatan I ACP Ahmad Taufek Abdullah, Timbalan Ketua Staf Siasatan II ACP Willey Anak Ricard dan Timbalan Ketua Staf PGU ACP Kamaruddin Ismail.

Dalam ucapan ringkas, mereka masing-masing menyuarakan rasa bangga dan terima kasih kepada pengurusan Polis Diraja Malaysia atas peluang yang diberi untuk berkhidmat dengan ESSCom.

Menurut mereka, pengalaman di ESSCom amat bermakna dan bakal menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja baharu.

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd