• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 30 April

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Fasa 17 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 15 April ini dilanjutkan ke Fasa 18 mulai 16 hingga 30 April dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan dilanjutkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

“(Pelanjutan perintah berkurung ini juga) ialah bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis Sabah juga mengambil keputusan melanjutkan perintah berkurung berkenaan kerana langkah itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Jalaluddin berkata kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan yang mendesak. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd