• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan, Perintah Tetap DUN Perak Perlu Ditambah

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada perlu ditambah bagi memastikan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mematuhi peraturan berpakaian bagi menjaga adab dan adat sebagai anggota dewan.

Zambry berkata beliau menyerahkan kepada Speaker DUN Datuk Seri SK Devamany untuk membincangkan perkara itu bersama beberapa jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Perintah Tetap.

“Ada beberapa jawatankuasa yang perlu diperhalusi oleh pihak speaker…mungkin pihak speaker boleh memikirkan pendekatan sewajarnya yang boleh dibuat.

Ia (Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap) bukan perlu dipinda tetapi perlu ditambah bagi memastikan semua kita (anggota dewan) ikut (peraturan),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak berkuasa pentadbiran negeri berhubung cara berpakaian sebahagian ADUN yang tidak menghormati etika berpakaian penuh istiadat semasa perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Perak ke-13 pada 31 Mac lepas.

Ahad lepas, Dewan Negara Perak menyuarakan teguran keras terhadap cara berpakaian sebahagian ADUN terbabit dan teguran itu merupakan satu daripada tiga ketetapan yang diputuskan pada mesyuarat dewan ke-163 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Anggota Dewan Negara juga menetapkan pendirian dan menyembahkan cadangan kepada Sultan supaya bersifat tegas di masa hadapan terhadap pihak yang memilih tidak mematuhi adab dan tidak menghormati adat di dalam sesuatu majlis dan ketetapan Dewan Negara ini akan disampaikan secara rasmi kepada pihak berkuasa pentadbiran negeri.

Mengulas lanjut, Zambry berkata beliau dan pihak pentadbiran negeri telah dimaklumkan mengenai ketetapan itu, untuk memikirkan langkah yang perlu dibuat untuk memastikan anggota DUN sentiasa mematuhi adat dan adab seperti yang dititahkan oleh Sultan Nazrin.

“Saya berharap pihak pembangkang tidak terus memanipulasi apa yang saya perkatakan sebelum ini. Selama ini mereka mengatakan ia adalah agenda Barisan Nasional (BN) semata-mata dan menuduh saya kononnya cuba bermain isu ini bagi mendapatkan dividen politik.

“Saya juga berharap mereka (pembangkang) mengambil iktibar dari perkara ini dan jangan lagi menuduh bahawa kononnya saya yang pandai-pandai mengatakan bahawa Sultan murka atau Sultan berduka cita. Ia tiada kaitan dengan soal politik sebaliknya ia lebih kepada soal adat dan adab yang perlu dipatuhi oleh anggota dewan,” katanya.

Pada Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-163 yang berlangsung pada 11 April lepas, Sultan Nazrin bertitah rakyat menolak golongan yang melanggar sempadan adab dan adat yang dipelopori individu dan organisasi yang disifatkan sebagai buta terhadap sejarah negara. – BERNAMA

Tags: adunZambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd