• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemusnahan Warisan Budaya Suatu Yang Mendukacitakan

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Warisan budaya yang semakin banyak dimusnahkan akibat pergolakan sosial, agama dan kebudayaan dalam sesetengah masyarakat, mendapat teguran Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berjanji Malaysia akan terus membela usaha melindungi dan menambah warisan budaya.

Timbalan perdana menteri berkata ini selaras dengan keutamaan yang terus diberikan terhadap perkara ini dalam agenda Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Dalam kita berusaha untuk memulihara dan berkongsi kekayaan budaya di seluruh dunia, kita melihat dengan perasaan amat sedih dan memualkan pemusnahan yang tidak sepatutnya terhadap lukisan, artifak dan dokumen yang merupakan sebahagian daripada sejarah, identiti dan ketamadunan kolektif kita,” katanya.

Muhyiddin, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Paris, berkata demikian dalam ucapannya pada Pertunjukan Gala Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia yang diadakan di ibu pejabat UNESCO di Place de Fontenoy di sini pada Selasa malam.

Majlis itu dianjurkan bersempena pembukan rasmi pameran Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia oleh Muhyiddin sebelum itu, satu acara yang diadakan untuk mempamerkan warisan Malaysia dan melonjakkan profil negara dalam usaha Malaysia untuk menduduki Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh 2015-2019.

Pameran dari 14 hingga 16 April itu menonjolkan kecantikan dan keistimewaan batik, jahitan manik, anyaman, makanan warisan, ukiran kayu Mah Meri, wayang kulit, adat dan budaya, tenunan dan permainan tradisional Malaysia.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa kepelbagaian dan penyatuan semua budaya merupakan sumber kekayaan intelektual yang tidak dapat ditukar ganti.

“Ia merupakan rekod sejarah kita yang dikongsi dan satu cara untuk memahami diri kita dan satu sama lain. Oleh itu pemusnahan seni dan artifak menyerupai serangan ke atas sejarah, identiti dan tamadun kita,” kata timbalan perdana menteri.

Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi satu tugas yang mencabar untuk membina semula sebuah kehidupan yang damai dengan tujuan yang dikongsi bersama yang sepatutnya digalakkan secara aktif sebagai sebahagian daripada aspek penting pembangunan negara.

Muhyiddin menegaskan bahawa kepentingan seni dan budaya sentiasa ada kerana ia merupakan manifestasi ketamadunan.

“Dalam konteks Malaysia, ia juga merupakan benteng toleransi dan persefahaman bersama di mana kepelbagaian diakui, dihormati dan diraikan,” katanya.

Muhyiddin menyifatkan bahawa menjadi anggota Jawatankuasa Warisan Dunia ini sebagai ‘pengiktirafan yang tidak ternilai’ bagi Malaysia kerana ia menjadi platform untuk memberi sumbangan dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan dunia.

Tambahan pula, penyerapan dan penyepaduan pelbagai budaya etnik di Malaysia telah melahirkan ciri unik dan berbeza yang menjadikan ‘Malaysia, Truly Asia’, katanya merujuk kepada slogan popular di seluruh dunia itu melalui kempen pelancongan Malaysia.

“Mereka mewakili sebuah warisan budaya yang kita mahu pelihara untuk generasi akan datang dan sesuatu yang kita mahu kongsikan dengan dunia,” katanya.

Turut hadir pada pertunjukan gala yang bertemakan ‘Warisan Malaysia: Semalam, Hari ini dan Melepasi Esok’ itu merupakan acara terakhir dalam agenda lawatan Muhyiddin di Paris.

Beliau dijangka berada di Geneva, Switzerland pada Rabu pagi untuk lawatan kedua dan terakhir di dua negara Eropah ini yang ada kaitannya dengan UNESCO. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd