• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan PBT Di Hati Rakyat Untuk Perkasa, Transformasi PBT

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara akan diperkasa dan ditransformasi menerusi Pelan PBT Di Hati Rakyat yang menggariskan enam teras, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata pelan itu bermula Mei tahun ini hingga 2018 berobjektif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kesejahteraan dan kelestarian persekitaran.

Katanya enam teras itu adalah pembangunan modal insan, kecekapan perkhidmatan, pengukuhan kewangan, kesejahteraan rakyat, PBT Di Hati dan Komunikasi Berkesan yang kesemuanya mengandungi 267 program termasuk 11 program berimpak tinggi.

“Untuk peringkat awal ini, kami membuat ‘road show’ ke negeri-negeri bagi membentangkan cadangan kementerian memperkasakan dan mentransformasikan 149 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Negeri Sembilan merupakan kerajaan negeri pertama dalam siri lawatan ke negeri-negeri,” katanya pada sidang media selepas memberi taklimat tentang pelan itu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Katanya taklimat itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan nasihat daripada pihak kerajaan negeri terhadap cadangan pelan itu yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian.

“Ini kerana apa juga cadangan yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian, kami perlu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri … seperti yang kita semua tahu, PBT ini ‘duduk’ atas kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Halimah berkata agenda paling penting dalam program transformasi PBT ini ialah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan PBT yang mungkin akan membolehkan penjawat awam PBT dipindahkan di antara PBT negeri-negeri.

Katanya pelan itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei ini.

Sementara itu, Mohamad menyambut baik pelan itu kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada PBT itu sendiri, malah rakyat mendapat faedahnya.

Katanya peranan PBT adalah penting kerana PBT sentiasa mendampingi rakyat.

“Secaranya puratanya lebih 70 peratus rakyat tinggal dalam kawasan PBT. Makanya peranan PBT amat penting kerana segala permasalahan dan kesejahteraan rakyat berada dalam tanggungjawab PBT.

“Ini juga selaras dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan iaitu kami sudah menukar cara kami berfikir iaitu kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan, tetapi kami menawarkan perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PBTrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd