• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Undang-Undang Di Malaysia Adil

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada istilah berat sebelah atau dwistandard dalam menjalankan hukuman serta melaksanakan undang-undang di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata hukuman yang dikenakan ke atas seseorang pesalah adalah adil tanpa mengira latar belakang individu berkenaan.

“Semua undang untuk setiap orang, kita tidak amalkan dwistandard dalam melaksanakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum undang-undang ‘Legal Forum 4U & Me’ di sini hari ini.

Nancy berkata demikian sebagai mengulas gesaan Naib Presiden PKR Nurul Izzah agar bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini.

PRK Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja bagi Anwar yang merupakan anggota Parlimen kawasan itu yang dipohon melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Nancy berkata motif Nurul Izzah membuat gesaan itu tidak diketahui kerana pembangkang sememangnya tahu bahawa undang-undang di Malaysia menetapkan individu yang menjalani hukuman penjara hilang kelayakan untuk mengundi.

“Kita tidak ada dua set undang-undang untuk setiap orang (dan) untuk orang yang dalam keadaan sedemikian.

“Dia (Anwar) bekas MP (anggota Parlimen) di situ, maka mulalah perkara ini disuarakan … ia tidak relevan kerana kalau orang dalam penjara ada kuasa untuk mengundi ia sangat mengarut.

“Sebab itu orang tak mahu masuk penjara kerana bila masuk penjara antara hak sebagai rakyat yang hilang ialah hak untuk mengundi,” jelasnya.

Mengenai program ‘Legal Forum 4U & Me’, Nancy berkata ia satu platform untuk berkongsi dengan orang ramai mengenai penggubalan dan pembaharuan undang-undang di negara ini. – BERNAMA

Tags: MalaysiaNancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd