• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Presiden PAS Kata Abdul Hadi Tak Sokong POTA

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Presiden PAS menafikan laporan portal berita MalaysiaKini bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong usaha kerajaan menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, Pejabat Presiden PAS dalam satu kenyataan memaklumkan berita yang disebarkan oleh MalaysiaKini semalam tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar Abdul Hadi mengenai perkara itu.

“PAS sokong usaha kerajaan cegah keganasan melalui POTA adalah jauh sekali daripada intipati ucapan sebenar Presiden PAS,” dakwa Pejabat Presiden PAS melalui kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, Pejabat Presiden PAS memaklumkan Abdul Hadi bersetuju menentang keganasan kerana pada dasarnya itu yang disebut dalam Islam.

Manakala, membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang bagi mengelakkan fenomena Islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.

Namun, dakwa Pejabat Presiden PAS, parti itu tidak bersetuju dengan kerajaan daripada sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan tersebut.

“Dengan penjelasan ini, Pejabat Presiden PAS berharap, berita palsu dan salah laporan ini tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara,” dakwa Pejabat Presiden PAS.

Penjelasan Pejabat Presiden PAS itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya kerana kenyataan media itu dikeluarkan atas nama Ahmad Samsur, bukan Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

MalaysiaKini yang merupakan portal berita propembangkang semalam melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi POTA.

Kata Abdul Hadi, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan keperluan undang-undang itu bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

“Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita … kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

“Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama,” kata Abdul Hadi seperti dilaporkan MalaysiaKini semalam.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangPOTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd