KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agong Ke-25 PAS Pulai, Johor semalam mencapai keputusan sebulat suara supaya beberapa jawatan tertinggi PAS tidak dipertandingkan tahun ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat memberitahu, jawatan terbabit adalah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
“PAS Pulai pula telah menerima sebulat suara usul daripada PAS Cawangan Denai yang mahukan semua Jawatan utama dalam PAS Pusat iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden tidak dipertandingkan dalam muktamar kali ini.
“Tujuannya adalah untuk menyatupadukan PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini terdapat desas-desus ada pihak daripada pihak pro-Pakatan Rakyat dalam PAS mahu mencabar jawatan Presiden parti.
Ia berikutan pihak berkenaan kurang senang didakwa dengan pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lebih gemar berkompromi dengan kerajaan Pusat dalam kebanyakan isu.
Ia juga berikutan ketegasan Abdul Hadi mahu meneruskan pembentangan cadangan undang-undang hudud di Dewan Rakyat yang menjadi polemik kepada perbalahan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=7E05KvNFwXw