• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pahang Tubuh Jentera Hadapi Pilihan Raya Kecil Rompin

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – PAS Pahang membuat persiapan awal dengan menubuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata agenda berkaitan PRK Rompin antara intipati yang dibincangkan pada mesyuarat parti itu Isnin lepas.

“PAS Pahang juga membuat tinjauan awal terhadap calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon itu kerana beranggapan masih awal untuk berbuat demikian selain mahu menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai PRK Rompin.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada Sabtu lepas.

Selain Jamaluddin, turut terkorban lima mangsa lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter itu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin dipilih sebagai Anggota Parlimen Rompin bagi penggal keenam setelah mengalahkan calon PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

Tags: PASPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd