• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Tidak Berselindung Siasat Laporan Ketua Audit Negara

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah berselindung dalam mendedahkan hasil siasatan semua aktiviti perbelanjaan kementerian dan agensi kerajaan menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat berhak mengetahui aktiviti perbelanjaan kerajaan kerana peruntukan itu merupakan hasil pembayaran cukai mereka.

“Sebagai pembayar cukai, mereka (rakyat) berhak tahu bagaimana kerajaan membelanjakan wang mereka itu untuk pembangunan negara dan kepentingan rakyat.

“Oleh itu, sekiranya siasatan mendapati mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan membuat perbelanjaan yang meragukan, kami tetap akan panggil mereka untuk buat penjelasan dan mendedahkannya kepada rakyat hasil siasatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Bersama Pengerusi PAC’ di sini, Jumaat malam.

Nur Jazlan berkata PAC, yang terdiri daripada 14 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, aktif menjalankan siasatan berkaitan perbelanjaan kerajaan dan mengetepikan fahaman politik.

“Walaupun kami merupakan badan berkecuali di peringkat Parlimen, tugas (PAC) memastikan perbelanjaan kerajaan yang dibentangkan dalam bajet dibuat dengan cara berhemat, telus dan tanpa unsur rasuah.

“Sekiranya timbul isu atau sebarang perkara yang memusykilkan dalam siasatan, kami tetap akan bersuara lantang,” katanya.

Berhubung integriti PAC yang dipersoalkan kerana ketuanya merupakan Anggota Parlimen daripada BN, Nur Jazlan berkata pihaknya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa ada apa-apa agenda politik.

“Kami membuat audit bagi memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan sebaik mungkin. Selalunya laporan yang kami buat itu dibuat secara sebulat suara,” katanya. – BERNAMA

Tags: AuditPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd